Akademi Fantasia (musim 2)
Akademi Fantasia (musim 2)

Akademi Fantasia (musim 2)

Akademi Fantasia Musim 2 mula bersiaran pada 7 Jun 2004 dan merupakan musim kedua bagi Akademi Fantasia yang disiarkan di saluran Astro Ria. Tidak seperti musim pertama, musim ini terbuka kepada sesiapa yang tinggal di Malaysia Barat termasuk Sabah, Sarawak, dan Labuan.Konsep asal rancangan Tirai Akademi Fantasia ialah untuk memaparkan kepada penonton mengenai 'kejutan' yang dialami oleh peserta mengenai pemberitahuan bahawa mereka dipilih menjadi pelajar AF yang mana mereka akan ditempatkan di sebuah rumah (yang dipanggil akademi) untuk memulakan sesi pemelajaran. Musim ini memperkenalkan format baru bahawa ia menjemput kembali pelajar-pelajar yang telah tersingkir untuk diserap masuk ke dalam akademi semula melalui undian daripada penonton. Juara musim kedua kali ini dimenangi oleh Ahmad Zahid Baharuddin berumur 23 tahun yang berasal dari Perak.